Khamis, 4 November 2010

Program Muhibbah Deepavali Jalan Ciku

4 Nov - Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau telah mengadakan Program Muhibbah Deepavali bersama penduduk kaum india di Jalan Ciku, Taman Kota Masai. Sejumlah 30 keluarga telah menerima sejumlah bungkusan Maruku sebagai simbol kasih sayang serta memupuk keharmonian antara agama.



Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tebrau, Saudara Shamsul B. Bakri dalam ucapannya beliau menerangkan kepada penganut agama Hindu bahawa Islam tidak memusuhi mana-mana agama sebaliknya memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk beribadat.
 

Di dalam PAS, penganut bukan Islam telah diberi ruang untuk bersama dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ini membuktikan bahawa PAS meraikan masyarakat berbilang bangsa dan agama.