Memaparkan catatan dengan label PASTI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTI. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Sukan PASTI Al-Irfan 2011

Sukan PASTI Al-Irfan 2011

Tarikh: 24.April.2011 (Ahad)

Masa: 8 pagi – 12 tengahari.

Tempat: Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.





Peserta

Acara

Pelajar lelaki

  1. Lari dalam guni.
  2. Ikat kaki berpasangan.
  3. Lari berhalangan.
  4. Kepit bola.

Pelajar perempuan

  1. Tarik bola dalam gelung.
  2. Bawa bola ping pong dalam sudu.
  3. Isi air dalam botol.
  4. Junjung uncang pasir.

Bapa pelajar

  1. Lumba lari batu bata.
  2. Bowling kelapa.
  3. Kupas kentang (paling panjang).
  4. Sepak raga.

Ibu pelajar

  1. Anyam ketupat.
  2. Raut lidi.
  3. Bowling kelapa.

Terbuka

  1. Kerusi beracun.

Guru-guru PASTI

  1. Teka kacang.

Tentatif:

  1. Perbarisan murid berarak masuk.
  2. Bacaan ikrar.
  3. Doa selamat.
  4. Ucapan Pengerusi PASTI.
  5. Ucapan YDP – Ustaz Khirul Muntanazar

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan sukan tahunan PASTI Al-Irfan.

Riadah Towards Ibadah.

Isnin, 8 Disember 2008

Kursus - Bacalah Anakku & Read Easy


PASTI Al-Irfan akan mengadakan kursus Bacalah Anakku & Read Easy. Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru-Guru & Ibu Bapa mengenai tenik mengajar anak-anak cara membaca yang mudah dengan menggunakan sistem "phonic". Sistem phonic ini terbukti berkesan.
Pendaftaran pastebrau@gmail.com atau Roha Suratman (013-7922867).
Perlaburan anda amat rendah dengan ilmu yang bakal di kongsikan. Daftar Segera! Tempat Terhad.

Selasa, 18 November 2008

Majlis Konvokesyen Pasti Al-Irfan Kawasan Tebrau

Majlis Konvokesysen PASTI Al-Irfan, Kawasan Tebrau telah di adakan pada Hari Ahad. 16 Disember 2008, di Kompleks Sukan Nusa Mutiara. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari.

Dimajlis perasmian tersebut, Ustaz Ibrahim mengingatkan supaya Islam itu diambil secara keseluruhan dan tidak sebahagian. Islam perlu dilihat dalam bidang, Pendidikan, Ekonomi, Poltik dan sebagainya.

Hanya dengan melalui pendidikan Islam, kita akan dapat membina pemimpin-peminpin yang patuh dan taat kepada ALLAh dan akan menguruskan, urusan pemerintahan dengan cara yang di tuntut oleh Islam.
Ustaz Ibrahim Masran Al-Banjari

AJK Kawasan Tebrau, Tetamu Khas, En Rajandran & Ustaz Ibrahim

Pelajar-pelajar PASTI Al-Irfan membaca Doa dan Asma Ul-Husna


Guru-Guru PASTI Al-Irfan & Barisan AJK


Anatra Pelajar Tebaik PASTI Al-Irfan bersama keluarga


Persembahan Dikir Barat dari pelajar-pelajar PASTI

Semuga pendidikan yang berteraskan Islam menjadi pilihan utama kepada anak-anak PASTI yang akan meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah. Hanya dengan pendidikan Islam, kita akan memastikan akan lahir insan yang sempurna dan lengkap.

Akhir kata.. "Kita akan menuai apa yang kita tanam". Jumpa lagi di Konvokesyesyen PASTI AL-Irfan 2009!