Marilah menunaikan solat!!!!
Selasa, 13 Mei 2008
Khamis, 8 Mei 2008
Program Himpunan Pemuda Pas Tebrau Kali Pertama 3 & 4 Mei 2008 di Taman Pertanian Kong Kong Masai Johor
Lorong tarbiyyah bagi mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan......
Para peserta program selepas sesi pentarbiyyahan oleh Ust Ibrahim.
2 orang ustaz dan 2 orang baru nak start cari keredhaan Allah
Pemuda Islam Tebrau menggalas harapan rantaian perjuangan...Allahu Akbar
Daie.....

Kuliah subuh


kami disambut waktu pagi yang indah...Subhanallah...

Manisnya bagi mereka yang mengerti
Pada 3 & 4 Mei 2008 bersamaan 26 & 27 Rabiul Akhir 1429H, DPPK Tebrau telah menganjurkan Program Himpunan Pemuda Pas Kawasan tebrau di Taman Pertanian Kong Kong Masai. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan ukhuwah di kalangan Pemuda di peringkat Kawasan & Cawangan khususnya.
Isnin, 21 April 2008
Rabu, 2 April 2008
Sabtu, 29 Disember 2007
Hari Warga PASTI Tebrau
Program ini diadakan dengan matlamat untuk menambahbaik perjalanan PASTI dari segi pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga bertujuan merapatkan ukhuwwah antara warga PASTI Tebrau yang terdiri daripada pihak pengurusan, guru-guru dan AJK yang terdiri daripada Pemuda dan Muslimat Kawasan. Seramai 30 orang hadir sebagai peserta program ini.
Program dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman yang merupakan antara tenaga penggerak utama dalam penubuhan PASTI di negeri Johor pada peringkat awal tahun 90-an. Beliau sedikit sebanyak menyentuh matlamat sebenar penubuhan PASTI adalah berasaskan kesedaran perlunya pendidikan Islam di peringkat kanak-kanak supaya dapat menjadi asas kepada pembentukan insan yang sempurna dari segi akhlak, akademik, dan sosial. Beliau juga memberi penekanan bahawa perlunya petugas-petugas dan tenaga pendidik PASTI menanamkan sifat ikhlas dalam melaksanakan tugas mendidik anak-anak supaya dapat membentuk peribadi yang benar-benar soleh.
Antara pengisian yang dijalankan ialah bengkel 'brainstorming' untuk merangka pelan tindakan memantapkan aspek pengurusan dan pengajaran PASTI dalam jangka masa panjang.
Bengkel yang diadakan ini telah berjaya menghasilkan satu rangka kerja yang tersusun yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Semoga program seperti ini benar-benar dapat memberikan natijah yang baik ke arah memperkasakan PASTI di masa hadapan, insyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)
