- 5 April 2009 - PAS Cawangan Tmn Kota Masai di Markas PAS Jln Bacang 9, Tmn Kota Masai pada jam 8.30 am.
- 18 April 2009 - Dewan Muslimat PAS di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 9.00 am.
- 18 April 2009 - Dewan Pemuda PAS di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 2.00 pm.
- 19 April 2009 - PAS Kawasan Tebrau di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 9.00 am.
Khamis, 2 April 2009
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan2, Dewan2 & Kawasan
Isnin, 23 Mac 2009
HarakahDaily.Net - Harakah digantung tiga bulan
Memalukan apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung permit selama 3 bulan. Apakah dengan menggantung permit kedua-dua akhbar ini mampu menghalang kebenaran daripada dizahirkan kepada rakyat. Ianya tidak lain hanyalah sebagai petanda bahawa demokrasi semakin hilang. Rakyat cuba dikaburi daripada menerima hakikat kebenaran. Apakah ia juga satu petanda bahawa bakal PM adalah seorang diktator???
Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh!
Guan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz...
Kita nak ikut siapa??? Bak kata Nabil... Lu pikirla sendiri!!!
Ahad, 18 Januari 2009
Ahad, 4 Januari 2009
KEMPEN JOM SERTAI PAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kempen JOM SERTAI PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.
Bersesuaian dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", kempen ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.
Sepanjang tempoh kempen ini juga, satu usaha bersepadu akan dijalankan bagi membantu mendaftarkan anak muda Malaysia yang masih belum berdaftar sebagai pemilih di dalam Daftar Pemilih SPR.
Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari 2009 hingga Jun 2009 dan mensasarkan sejumlah 100,000 orang akan menyertai PAS dalam tempoh tersebut.
Melalui kempen ini, rakyat yang berminat untuk bersama dengan PAS boleh mendaftar menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.
Diperingkat Kawasan Tebrau sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh hubungi @ SMS:
- Haji Abdullah Bin Mohd Isa - 0197593891
- Mohd Amirul bin Jamain - 0137552891
Atau emel kepada pastebrau@gmail.com
Anda juga boleh melayari laman web : www.jomsertaipas.com
Khamis, 25 Disember 2008
Kita dan penulisan............................
Berdasarkan kepada perkembangan masa kini, penulisan amat penting dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Ini terbukti kebanyakan penulis yang mempunyai pengaruh bukan dari golongan yang berkelulusan kewartawanan, yang menjadikan bidang kewartawanan ini boleh dilakukan oleh pelbagai peringkat masyarakat.
Disamping itu, penulis yang berbakat memerlukan dorongan dalaman yang kuat.
Pengolahan isu yang berkesan perlu dibuat berdasarkan peluang yang terbuka kepada seseorang untuk perhatian umum seperti isu wartawan yang membaling kasut kepada pemimpin tertinggi Amerika.
Halangan yang perlu diharungi oleh media cetak seperti sekatan dan sebagainya. Fenomena ini terjadi kepada Harakah dan lain-lainnya. Dari segi pasaran akhbar bercetak masakini, media yang santai seperti Metro telah menguasai minda pembaca yang mewujudkan pemahaman terhadap isu-isu politik semasa semakin menurun. Menurut kepada satu kajian, generasi baru kini lebih cenderung kepada laman web dan kemudahan internet yang memberikan maklumat yang lebih dipercayai. Dalam politik Malaysia yang tidak menentu ini, media-media cetak kurang mendapat tempat.
Dalam penulisan blog pula, kualiti kandungan dalam blog mestilah berkualiti dan lebih menyakinkan pembaca. Seperti yang kita ketahui, dunia media yang sekarang ini lebih terbuka dengan wujudnya blog-blog yang berkembang pesat dan menarik minat pelbagai lapisan pembaca. Oleh sebab itu, penekanan perlu difokuskan kepada pengolahan isu yang menarik dan memberi ulasan yang lebih mantap serta mudah dicernakan oleh pembaca. Penyuntingan berita dalam blog sebaik-baiknya dilakukan dengan lebih profesional supaya mesej isu tersebut dapat disampaikan kepada pembaca. Perkembangan berita secara langsung ataupun “online” telah mendorong kebanyakkan penerbit akhbar menyiarkan sebahagian daripada berita yang disiarkan dalam media cetak mereka untuk diterbitkan didalam halaman web rasmi mereka. Di sebabkan perkembangan internet yang meluas ini, kebanyakan media telah menyiarkan intipati berita disiarkan untuk menarik perhatian pembaca dan secara tak lansung menaikkan jualan akhbar.
Pendekatan blog lebih berkesan disebabkan penulis lebih berpengalaman dan lebih menjiwai isu-isu tersebut. Mutu blog perlu ditingkatkan dengan melakukan penyuntingan yang sempurna. Perkembangan You-Tube sangat berpengaruh dalam menarik perhatian golongan muda untuk menghayati penjuangan pakatan rakyat kerana terdapat media bergambar “Movie” yang secara langsung menggambarkan keadaan sebenar di lokasi kejadian.