Khamis, 25 Disember 2008

Kita dan penulisan............................

Berdasarkan kepada perkembangan masa kini, penulisan amat penting dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Ini terbukti kebanyakan penulis yang mempunyai pengaruh bukan dari golongan yang berkelulusan kewartawanan, yang menjadikan bidang kewartawanan ini boleh dilakukan oleh pelbagai peringkat masyarakat.

Disamping itu, penulis yang berbakat memerlukan dorongan dalaman yang kuat.
Pengolahan isu yang berkesan perlu dibuat berdasarkan peluang yang terbuka kepada seseorang untuk perhatian umum seperti isu wartawan yang membaling kasut kepada pemimpin tertinggi Amerika.

Halangan yang perlu diharungi oleh media cetak seperti sekatan dan sebagainya. Fenomena ini terjadi kepada Harakah dan lain-lainnya. Dari segi pasaran akhbar bercetak masakini, media yang santai seperti Metro telah menguasai minda pembaca yang mewujudkan pemahaman terhadap isu-isu politik semasa semakin menurun. Menurut kepada satu kajian, generasi baru kini lebih cenderung kepada laman web dan kemudahan internet yang memberikan maklumat yang lebih dipercayai. Dalam politik Malaysia yang tidak menentu ini, media-media cetak kurang mendapat tempat.

Dalam penulisan blog pula, kualiti kandungan dalam blog mestilah berkualiti dan lebih menyakinkan pembaca. Seperti yang kita ketahui, dunia media yang sekarang ini lebih terbuka dengan wujudnya blog-blog yang berkembang pesat dan menarik minat pelbagai lapisan pembaca. Oleh sebab itu, penekanan perlu difokuskan kepada pengolahan isu yang menarik dan memberi ulasan yang lebih mantap serta mudah dicernakan oleh pembaca. Penyuntingan berita dalam blog sebaik-baiknya dilakukan dengan lebih profesional supaya mesej isu tersebut dapat disampaikan kepada pembaca. Perkembangan berita secara langsung ataupun “online” telah mendorong kebanyakkan penerbit akhbar menyiarkan sebahagian daripada berita yang disiarkan dalam media cetak mereka untuk diterbitkan didalam halaman web rasmi mereka. Di sebabkan perkembangan internet yang meluas ini, kebanyakan media telah menyiarkan intipati berita disiarkan untuk menarik perhatian pembaca dan secara tak lansung menaikkan jualan akhbar.

Pendekatan blog lebih berkesan disebabkan penulis lebih berpengalaman dan lebih menjiwai isu-isu tersebut. Mutu blog perlu ditingkatkan dengan melakukan penyuntingan yang sempurna. Perkembangan You-Tube sangat berpengaruh dalam menarik perhatian golongan muda untuk menghayati penjuangan pakatan rakyat kerana terdapat media bergambar “Movie” yang secara langsung menggambarkan keadaan sebenar di lokasi kejadian.

Tiada ulasan: