Khamis, 25 Disember 2008

Kita dan penulisan............................

Berdasarkan kepada perkembangan masa kini, penulisan amat penting dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Ini terbukti kebanyakan penulis yang mempunyai pengaruh bukan dari golongan yang berkelulusan kewartawanan, yang menjadikan bidang kewartawanan ini boleh dilakukan oleh pelbagai peringkat masyarakat.

Disamping itu, penulis yang berbakat memerlukan dorongan dalaman yang kuat.
Pengolahan isu yang berkesan perlu dibuat berdasarkan peluang yang terbuka kepada seseorang untuk perhatian umum seperti isu wartawan yang membaling kasut kepada pemimpin tertinggi Amerika.

Halangan yang perlu diharungi oleh media cetak seperti sekatan dan sebagainya. Fenomena ini terjadi kepada Harakah dan lain-lainnya. Dari segi pasaran akhbar bercetak masakini, media yang santai seperti Metro telah menguasai minda pembaca yang mewujudkan pemahaman terhadap isu-isu politik semasa semakin menurun. Menurut kepada satu kajian, generasi baru kini lebih cenderung kepada laman web dan kemudahan internet yang memberikan maklumat yang lebih dipercayai. Dalam politik Malaysia yang tidak menentu ini, media-media cetak kurang mendapat tempat.

Dalam penulisan blog pula, kualiti kandungan dalam blog mestilah berkualiti dan lebih menyakinkan pembaca. Seperti yang kita ketahui, dunia media yang sekarang ini lebih terbuka dengan wujudnya blog-blog yang berkembang pesat dan menarik minat pelbagai lapisan pembaca. Oleh sebab itu, penekanan perlu difokuskan kepada pengolahan isu yang menarik dan memberi ulasan yang lebih mantap serta mudah dicernakan oleh pembaca. Penyuntingan berita dalam blog sebaik-baiknya dilakukan dengan lebih profesional supaya mesej isu tersebut dapat disampaikan kepada pembaca. Perkembangan berita secara langsung ataupun “online” telah mendorong kebanyakkan penerbit akhbar menyiarkan sebahagian daripada berita yang disiarkan dalam media cetak mereka untuk diterbitkan didalam halaman web rasmi mereka. Di sebabkan perkembangan internet yang meluas ini, kebanyakan media telah menyiarkan intipati berita disiarkan untuk menarik perhatian pembaca dan secara tak lansung menaikkan jualan akhbar.

Pendekatan blog lebih berkesan disebabkan penulis lebih berpengalaman dan lebih menjiwai isu-isu tersebut. Mutu blog perlu ditingkatkan dengan melakukan penyuntingan yang sempurna. Perkembangan You-Tube sangat berpengaruh dalam menarik perhatian golongan muda untuk menghayati penjuangan pakatan rakyat kerana terdapat media bergambar “Movie” yang secara langsung menggambarkan keadaan sebenar di lokasi kejadian.

Kursus ICT di Simpang Renggam

Dewan Pemuda PAS Negeri telah mengadakan kursus ICT di Simpang Renggam bersama Ahmad Lutfi Othman dan Haji Ahmad Jamali yang bertujuan memberi kefahaman terhadap kepentingan bidang ini dalam menyampaikan mesej PAS kepada orang ramai. Program yang dihadiri oleh wakil dari Lajnah ICT kawasan telah mencapai matlamatnya.

Rabu, 17 Disember 2008

Konvokesyen PASTI Kawasan Tebrau

PASTI kawasan Tebrau telah mengadakan konvokesyen pada 16 November 08 di Dewan Nusa Mutiara di Bandar Dato' Onn. Ibu bapa yang menghadiri majlis ini secara umumnya puas hati dengan persiapan yang telah diadakan. Persembahan seperti nasyid, pentomen, sajak dan persembahan seni yang lain telah menarik minat sebahagian besar ibu bapa yang sanggup menunggu sehingga tamatnya program pada 1.30 petang.

Isnin, 8 Disember 2008

Kursus - Bacalah Anakku & Read Easy


PASTI Al-Irfan akan mengadakan kursus Bacalah Anakku & Read Easy. Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada Guru-Guru & Ibu Bapa mengenai tenik mengajar anak-anak cara membaca yang mudah dengan menggunakan sistem "phonic". Sistem phonic ini terbukti berkesan.
Pendaftaran pastebrau@gmail.com atau Roha Suratman (013-7922867).
Perlaburan anda amat rendah dengan ilmu yang bakal di kongsikan. Daftar Segera! Tempat Terhad.

Ahad, 7 Disember 2008

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Wed | Dec 03, 08 | 2:06:40 pm MYT

NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka.

Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan.

Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman.

Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu.

Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ?

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018193&Itemid=90

Kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa

mStar

Trailer Sang Murabbi

Sedutan menarik dari filem Sang Murabbi....

Pantomen di Alam Barzakh

Mudah-mudahan jadi pengajaran buat kita semua...