Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Wed | Dec 03, 08 | 2:06:40 pm MYT | |
NEGARA kembali bergolak mutakhir ini apabila isu Ketuanan Melayu dipalu hebat. Sesekali jelas kelihatan cara mencetus dan memanaskan isu ini lebih kepada gimik atau momokan politik dalam usaha mereka mencari formula pengukuhan semula survival pengaruh dan kuasa mereka. Saya melihat isu ini tidak terpisah dari "jerangkap samar" yang mampu memerangkap siapa saja dalam jebak perkauman yang sengaja diletuskan. Menjadi trend lama atau suatu tradisi yang mudah dikesan bagi kuasa politik pemerintah tatkala mengalami kemerosotan pengaruh dan sokongan pengundi bahawa mereka akan menimbulkan isu perkauman. Sama ada ia satu tindakan untuk mencari simpati dan meraih sokongan politik, ia juga berkemungkinan satu jerat untuk memerangkap musuh politik malah ia juga boleh dilihat sebagai usaha mencipta diri sebagai hero atau juara dalam memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu. Umno perjuangkan Ketuanan Melayu ? http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018193&Itemid=90 |
Ahad, 7 Disember 2008
Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
artikel yang perlu diberi respon segera sempena aidiladha tahun ini:
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html
Catat Ulasan