Ahad, 27 Disember 2009

Ceramah Ust. Sharir Long


Update:
Kampung Melayu di Johor seperti Kg. Bakar Batu bakal dirobohkan. Ditunjukkan semasa ceramah tersebut adalah dokumen ugutan agar ketua-ketua cawangan tidak menentang kerja perobohan oleh pihak pemaju nanti.


Khamis, 10 September 2009

Iftar Perdana Pemuda Johor

Tempat: Surau Istiqamah, Tmn. Kota Masai, Pasir Gudang
Tarikh: 13 September 2009
Masa: 6 Petang

Semua Dijemput Hadir.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kematian ayah kpd guru pasti sg tiram

Cikgu Paridah memberi penghormatan terakhir kpd ayahnya sebelum disembahyangkan.

Majlis dihadiri ketua pemuda, sdr shamsul bakri.
- Taken at 11:39 AM on August 12, 2009 - uploaded by ShoZu

Jumaat, 7 Ogos 2009

Laporan Polis Keganasan Pihak Polis Semasa Mansuh ISA

Laporan telah dibuat di JB jam 11pg tadi. Mazlan Aliman bersama dgn mangsa sdr Zaaba sedang membuat kenyataan akhbar dekat balai polis tsb. 
Menurut sdr Mazlan, laporan polis telah dibuat serentak di seluruh negara.
- Taken at 12:06 PM on August 07, 2009 - uploaded by ShoZu

Zaini dan Muallim Ziarah Zaaba

Rabu, 5 Ogos 2009

Ziarah Zaaba patah rusuk ditendang semasa demo

Akibat tendangan sdr zaaba mengalami patah rusuk kanan. Laporan polis akan dibuat setelah dapat pengesahan pihak hospital. HSAJB. Tkt 4.
- Taken at 12:37 PM on August 05, 2009 - uploaded by ShoZu

Selasa, 4 Ogos 2009

Ceramah YB Dato' Hussin Awang

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, AJK Dewan Ulama PAS Pusat, Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
- Taken at 11:02 PM on August 04, 2009 - uploaded by ShoZu

Ziarah En. Sawal B. Ibrahim yang menghidap strok bersama ketua pemuda.
- Taken at 12:38 PM on August 04, 2009 - uploaded by ShoZu

Ceramah Ust. Nasruddin Tantawi di Parit Warijo



Khamis, 30 April 2009

JAWATAN SEBAGAI SUATU AMANAH

Jawatan: Antara Bebanan Di Dunia Dan Bebanan Akhirat
Posted on Wednesday, April 01 @ 01:30:00 MYT by Paktam
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=1564

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-GhiGo to fullsize imagefari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan « Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.



adis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada kjamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab “ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”. Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh-30hb Mei.

Khamis, 2 April 2009

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan2, Dewan2 & Kawasan

Semua ahli PAS yang terlibat di sekitar kawasan Tebrau dipersilakan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS untuk cawangan2, Dewan2 & Kawasan seperti berikut:

  1. 5 April 2009 - PAS Cawangan Tmn Kota Masai di Markas PAS Jln Bacang 9, Tmn Kota Masai pada jam 8.30 am.
  2. 18 April 2009 - Dewan Muslimat PAS di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 9.00 am.
  3. 18 April 2009 - Dewan Pemuda PAS di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 2.00 pm.
  4. 19 April 2009 - PAS Kawasan Tebrau di Maahad Islam Tahfiz Pasir Gudang jam 9.00 am.
Kehadiran anda amat dialu2kan kerana Mesyuarat Agung kali ini bakal menyaksikan pemilihan AJK yang baru. Semoga sumbangan dan masa yang diluangkan diberkati oleh Allah SWT dan digantikan dengan sesuatu yang lebih bernilai di sisi Ilahi.

Isnin, 23 Mac 2009

HarakahDaily.Net - Harakah digantung tiga bulan

HarakahDaily.Net - Harakah digantung tiga bulan

Memalukan apabila akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung permit selama 3 bulan.  Apakah dengan menggantung permit kedua-dua akhbar ini mampu menghalang kebenaran daripada dizahirkan kepada rakyat.  Ianya tidak lain hanyalah sebagai petanda bahawa demokrasi semakin hilang.  Rakyat cuba dikaburi daripada menerima hakikat kebenaran.  Apakah ia juga satu petanda bahawa bakal PM adalah seorang diktator???

Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh!

Pautan menarik di Harakah Online...

Guan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz...

Kita nak ikut siapa??? Bak kata Nabil... Lu pikirla sendiri!!!

Blogged with the Flock Browser

Ahad, 4 Januari 2009

KEMPEN JOM SERTAI PAS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kempen JOM SERTAI PAS adalah kempen bagi menarik dan mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada PAS dan menjemput seramai mungkin rakyat untuk menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.

Bersesuaian dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", kempen ini ditujukan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.

Sepanjang tempoh kempen ini juga, satu usaha bersepadu akan dijalankan bagi membantu mendaftarkan anak muda Malaysia yang masih belum berdaftar sebagai pemilih di dalam Daftar Pemilih SPR.

Kempen ini akan berlangsung selama lima bulan bermula Januari 2009 hingga Jun 2009 dan mensasarkan sejumlah 100,000 orang akan menyertai PAS dalam tempoh tersebut.

Melalui kempen ini, rakyat yang berminat untuk bersama dengan PAS boleh mendaftar menjadi ahli PAS ataupun ahli Kelab Penyokong PAS.

Diperingkat Kawasan Tebrau sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh hubungi @ SMS:
  1. Haji Abdullah Bin Mohd Isa - 0197593891
  2. Mohd Amirul bin Jamain - 0137552891

Atau emel kepada pastebrau@gmail.com

Anda juga boleh melayari laman web : www.jomsertaipas.com

Muat turun Borang Keahlian PAS