Rabu, 20 April 2011

Sukan PASTI Al-Irfan 2011

Sukan PASTI Al-Irfan 2011

Tarikh: 24.April.2011 (Ahad)

Masa: 8 pagi – 12 tengahari.

Tempat: Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.





Peserta

Acara

Pelajar lelaki

  1. Lari dalam guni.
  2. Ikat kaki berpasangan.
  3. Lari berhalangan.
  4. Kepit bola.

Pelajar perempuan

  1. Tarik bola dalam gelung.
  2. Bawa bola ping pong dalam sudu.
  3. Isi air dalam botol.
  4. Junjung uncang pasir.

Bapa pelajar

  1. Lumba lari batu bata.
  2. Bowling kelapa.
  3. Kupas kentang (paling panjang).
  4. Sepak raga.

Ibu pelajar

  1. Anyam ketupat.
  2. Raut lidi.
  3. Bowling kelapa.

Terbuka

  1. Kerusi beracun.

Guru-guru PASTI

  1. Teka kacang.

Tentatif:

  1. Perbarisan murid berarak masuk.
  2. Bacaan ikrar.
  3. Doa selamat.
  4. Ucapan Pengerusi PASTI.
  5. Ucapan YDP – Ustaz Khirul Muntanazar

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan sukan tahunan PASTI Al-Irfan.

Riadah Towards Ibadah.

Muktamar PAS kawasan Tebrau

Muktamar PAS kawasan Tebrau

Tarikh: 17.April.2011

Tempat: TS Hotel Pasir Gudang

Ucapan perasmian oleh Ustaz Abdullah Husin

Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Johor.



Muqaddimah.

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

Surah Al-Hajj: Ayat 77-78.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

At-Taubah: Ayat 42.

Istiqamahlah para pendokong agama Allah di dalam perjuangan Islam yang membawa keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.



Pilihanraya Negeri Sarawak kali ke 10.

Mencipta sejarah dengan Barisan Nasional (BN) tiada kawasan yang menang tanpa bertanding.

Cabaran:

  1. Penduduk tempatan menuntut bayaran bagi setiap buluh yang digunakan untuk memasang bendera.
  2. Setiap kenderaan yang digunakan jentera PAS disewa daripada penduduk tempatan.
  3. Bilik gerakan sering berpindah randah kerana banyak ugutan yang diterima.



Fitnah.

Nabi Muhammad S.A.W memberi amaran dan peringatan bahawa fitnah ini sesuatu yang sedang tidur. Allah S.W.T melaknat sesiapa yang mengejutkan fitnah ini.

Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri

Surah Faatir: Ayat 43.



Revolusi Mesir.

Dr Yusuf Al-Qaradawi, yang lama duduk terbuang di Doha, Qatar, akhirnya kembali ke Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Medan Tahrir dan menyampaikan khutbah di hadapan kira-kira 2 juta umat Islam seminggu selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan.


Kekalahan di Sarawak.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

Surah A’li Imran: Ayat 139.